Pages



Aku inginkan seorang lelaki yang boleh menyayangiku,                                                 
bukan kerana rupa parasku,
bukan kerana hartaku,
bukan kerana akhlak atau sikapku,
bukan kerana statusku,
bukan kerana aku...

Tetapi kerana Allah...
Kerana cintanya pada Allah
Yang membuatkan dia rindu keberadaanku ketika solatnya yang keseorangan,
Dia merasa kehilangan apabila aku tidak berbicara dan menasihatinya tentang perkara kebaikan,

 Dia ingin aku di sisinya sebagai seorang sahabat tika dia kebuntuan,
 Sebagai seorang ibu apabila dia kesedihan dan kebingungan,
 Sebagai seorang kekasih saat dia kerinduan dan kesepian,
 Dan sebagai seorang isteri di waktu dia inginkan kasih sayang...

Biasakah seorang lelaki mencintaiku, merinduiku, menyayangiku kerana sebab-sebab yang aku nukilkan tadi?
Jika ada Ya ALLAH, hantarkan dia padaku agar aku tidak terus tenggelam dan karam dalam lautan s0sial yang bergel0ra ini...
Jika ada YA ALLAH, izinkan aku melengkapkan rusuknya agar aku boleh melindunginya...
Jika ada YA ALLAH, izinkan aku menjadi tongkat padanya agar dia tidak terus rebah dalam mengharungi gel0mbang ujian-MU,
Jika ada YA ALLAH, izinkan aku menjadi surinya di dunia dan menjadi ketua bidadarinya di Akhirat kelak...Amiiinnn.....



ULFAH KEISHA 
17.04.2012

jOm dGr update lagu aku every week.!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers