Pages


Taktala Tuhan Menciptaka Manusia

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah S.W.T , yakni Adam 'alaihis-salam (as) , dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38 seperti berikut :

        Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Ssesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ," mereka berkata ." Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah , padahal kami sentiasa bertasbuh memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman : " Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui ." (30)


       Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya , kemudian ditunjukkannya kepada malaikat , lali Dia berfirman : ' Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar ." (31)

      
       Malaikat berkata ," Mahasuci Engkau ,kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana." ( 32 )


       Allah berfirman, " Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka ." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka , Allah berfirman : ' Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi , dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan ?' (33)


      Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat : " Tunduklah kepada Adam," lalu mereka semua tunduk memberi hormat , melainkan iblis. Dia enggan dan takbur , dan jadilah dia dari golongan yang kafir . (34)


      Dan kami berfirman :" Wahai Adam , tinggallah Engkau dan isterimu dalam syurga , dan makanlah makanannya apa sahaja yanhg kamu berdua suka sepuas-puasnya dan jangan lah kamu hampiri pokok ini : ( jika kamu hampiri ) maka akan jadilah kamu dari golongan yang zalim. (35)

      
      Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka keluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya , dan kamu berfirman : "Turunkanlah kamu , sebahagian kamu menjdai musuh kepada sebahagian yang lain , dan bagi semua sediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa ."(36)


      Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi. (37)


      Kami berfirman : " Turunkanlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kamu petunjuk dari-Ku , maka sesiapa yang mengikut pertunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka ." (38)

 

     

0 comments:

Post a Comment


jOm dGr update lagu aku every week.!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers